PAS jadi syaitan bisu sejak dapat kuasa dan dedak

PAS jadi syaitan bisu sejak dapat kuasa dan dedak

Ada terbaca tulisan seorang pembesar parti lebai Selangor cuba nak jawab isu masjid tutup tapi kedai judi buka.

Dia pun meleret-leret cerita pasal Amanah keluar PAS, cerita PAS lawan DAP demi prinsip, cerita Islam sebagai dasar parti dia. Siap perli kata Amanah meludah ke langit.

Itu semua jawapan bodoh lah!

Isu asasnya ialah parti kamu tu hipokrit. Dulu cakap lain, sekarang dah lain. Masa jadi pembangkang dulu sembang kuat babi pun boleh terbang, tapi bila dah ada kuasa dapat dedak terus jadi syaitan bisu. Batu pun dah masuk kerandut.

Perbandingannya adalah antara PAS dulu dengan PAS sekarang. Tak ada kena mengena dengan Amanah. Amanah ada jalan politik sendiri, tak payah banding dengan PAS. Kami pun malu dibandingkan dengan kelompok penunggang agama.

Kamu sekarang berada dalam kerajaan. Kamu ada kuasa. Rajin-rajinlah dengar balik ceramah kamu dulu dan baca balik kenyataan kamu dulu. Sampai bila kamu nak jadi penjilat ludah dan kahak kamu sendiri.

Situ duduk!
Sumber: