Pas Berjuang Untuk Rakyat atau Kuasa?

Pas mendakwa mandat perlu diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya dan memohon YDPA membubarkan parlimen.

Kenyataan itu hadir selepas kesemua ahli parlimen Pas berkampung di Kuala Lumpur sejak 3 hari lalu bermula 23 Februari untuk menyertai kumpulan pengkhianat menjatuhkan kerajaan PH.

Dalam tempoh 3 hari lalu, Pas terlibat menandatangani SD, kemudian ke istana negara dan hadir ke Hotel Sheraton bersama-sama kumpulan pengkhianat, kemudian ke istana negara lagi dalam usaha menjatuhkan kerajaan PH.

Kenyataan-kenyataan awal Pas penuh berkeyakinan mendakwa bahawa mereka ada cukup nombor untuk membentuk kerajaan pintu belakang bersama kumpulan pengkhianat.

Baju melayu hitam lengkap bersampin untuk menghadap YDPA juga telah siap sedia untuk majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan baru.

Namun selepas 3 hari berlalu, nada Pas berubah. Pada sidang media mereka pada petang 25 Feb lalu, Pas menukar kenyataan mereka dengan mengesyorkan pembubaran parlimen.

Jika Pas benar-benar ikhlas mahu pembentukan negara ini melalui lunas demokrasi sebenar, Pas sebenarnya tak perlu berdolak dalih dari awal menyertai perancangan pengkhianat sejak 3 hari lalu.

Bukankah lebih mudah bagi Pas memperjuangkan ‘bubar parlimen’ dari hari pertama. Kenapa perlu hari ke 3 kemelut berlaku baru tukar pandangan?
Atau kerana hasrat untuk ‘berkuasa’ melalui pintu belakang telah kabur?

Sama ada persekongkolan Pas bersama pengkhianat dalam episod jahat ini demi ‘kuasa’ atau benar-benar untuk ‘rakyat’, biarlah rakyat menilainya.

Apapun, episod ini banyak memberi pencerahan kepada rakyat untuk mengenali siapa pejuang rakyat, dan siapa pengkhianat rakyat serta pihak yang bersekongkol dengan mereka demi kuasa.