PAS berazam akan kuburkan industri arak di Malaysia

Timbalan Ketua Pemuda PAS, YB Ahmad Fadhli Shaari dalam satu posting facebooknya menyebut bahawa industri arak di Malaysia akan dikuburkan.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan setelah kontroversi isu kelulusan operasi kilang arak sempena PKP.

Menurut beliau “Lambat atau cepat, industri arak harus dikuburkan di bumi Malaysia ini”

Beliau turut mencadangkan agar tiada lagi pemprosesan minuman keras di negara ini. Dipercayai merujuk cadangan untuk menutup semua kilang pemprosesan arak di Malaysia.

PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kerajaan sentiasa berusaha memastikan agenda Islam sebagai agenda utama dalam kerajaan pimpinannya.

Isu kelulusan arak mula kecoh di media sosial, ternyata mencalar imej PAS sebagai sebuah parti Islam yang berada dalam kerajaan apabila kelulusan itu dikeluarkan oleh KPDHEP yang diterajui seorang menteri dari Sarawak.

Bantahan netizen kemudiannya disusuli Pas dan Umno telah menyebabkan kerajaan PN buat pusingan U untuk membatalkan balik arahan tersebut.

Namun dalam satu perkembangan lain, Timbalan Menteri KPDNHEP menyatakan kelulusan tersebut adalah untuk kebenaran mengedarkan stok yang sedia ada dan bukannya memproses yang baru.

Ahmad Fadhli juga menulis ” Non Muslim hanya dibenarkan meminumnya dengan kadar yang minimum dan duti import yang tinggi.”

Beliau turut menyeru orang ramai berfikir bagaimana Malaysia mampu menuju kearah cadangan beliau itu.

Sumber :