Pas akan tetap istiqamah bersama Muhyiddin – Hadi

Amanat Haji Hadi

Pas memberi komitmen untuk terus bersama Tan Sri Muhyiddin pada waktu susah dan senang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu perkara yang diucapkannya kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Sebentar tadi saya telah menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya dalam hantaran di media sosialnya malam tadi.

Pas yang bersama-sama dalam kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini menyokong penuh tindakan Muhyiddin baik pentadbiran dan politik.

Pemuda Pas

Muhyiddin hari ini meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan mengumumkannya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/16/pas-bersama-muhyiddin-waktu-senang-dan-susah-hadi/

 

BACA JUGA :

Terkini !!! Semua ketua parti dipanggil menghadap Agong esok

Hanya individu lengkap vaksin boleh masuk premis

Hanya penerima vaksin lengkap boleh masuk pasaraya, ramai mengeluh

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)