Pandu uji Raptor : Setiausaha Akhbar pertahan Sanusi, ‘tersalah tafsir’ SOP

Pandu uji Raptor : Setiausaha Akhbar pertahan Sanusi, ‘tersalah tafsir’ SOP

Pandu uji Raptor : Setiausaha Akhbar pertahan Sanusi, ‘tersalah tafsir’ SOP.

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor telah menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi piawai (SOP) pada 5 Jun ketika tempoh sekatan pergerakan penuh, jelas setiausaha akhbarnya.

Muhamad Mat Yakim berkata bayaran itu dibuat pada hari sama kompaun itu dikeluarkan Ahad lalu.

Pandu uji kereta

Muhammad bagaimanapun menegaskan Sanusi tidak sengaja melanggar undang-undang tetapi terkhilaf memahami SOP pencegahan Covid-19.

“Ketika itu, apa yang ada dalam pemahaman beliau ialah duduk di sebelah pemandu ketika staf berkenaan memandu uji adalah tidak menjadi apa-apa kesalahan.

“Dalam erti kata yang lain, beliau melakukan kesalahan itu dalam keadaan tidak sedar bahawa apa yang dilakukan itu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Tambahan pula, tidak ada SOP yang jelas dinyatakan di mana-mana mengenai peraturan atau larangan memandu uji atau menyertai pandu uji.

“Yang ada hanyalah larangan buka bilik pameran atau showroom kenderaan. Pada masa mereka berada di parking lot pusat jualan itu, bilik pameran memang ditutup.

“Justeru bagi Haji Sanusi, itu memadai untuk difahami bahawa SOP telah dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad berkata Sanusi telah menyatakan komitmen akan akur dengan apa jua keputusan dan tindakan pihak berkuasa jika didapati bersalah.

Dia juga, kata Muhammad, telah memohon maaf jika siasatan mendapati dia melakukan kesalahan.

“Buktinya, sebagai warganegara yang taat dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang, beliau terus membayar kompaun yang dikenakan pada hari yang sama-sama notis tindakan itu serahkan,” katanya.

Sanusi disiasat menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Komuniti media sosial kecoh sebelum ini susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Sanusi memandu uji kereta, sedangkan negara berada bawah sekatan pergerakan penuh dengan pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/584101

BACA JUGA : Panas !!! Syed Saddiq akan didakwa lagi dengan dua pertuduhan?