Pandalela dianugerah gelaran Datuk

Ratu terjun negara Pandalela Rinong Pamg adalah antara 17 individu dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran “Datuk” sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat, lapor Bernama.

Pandalela dianugerah gelaran Datuk

Selain Pandelela, seramai 16 lagi dianugerahkan PSBS termasuk Senator Zaiedi Suhaili, Senator Dr Nuing Jeluing serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata.

Mendahului senarai itu ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen yang dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA), yang membawa gelaran “Datuk Amar”.

Turut menerima darjah kebesaran sama ialah bekas anggota Kabinet Pertama Sarawak Allahyarham Datuk Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Sementara itu enam penerima dianugerahkan darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Seri” iaitu Menteri Pelancongan,

Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Tiga lagi penerima PNBS ialah Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengasas KKB Engineering Berhad Datuk Kho Kak Beng.

Dua penerima dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran “Datuk” iaitu Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol dan Pengarah Urusan syarikat kumpulan Shin Yang James Ling Lu Kiong.

Seramai 13 penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ termasuk Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Kameri Affendi dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Edwin Abit.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/sukan/594709

BACA JUGA : [Video] Misteri Myvi dipandu hanya 10 km/j di jalan sunyi

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Pandalela dianugerah gelaran Datuk […]