Panas !!! Zahid cadang parti Bersatu dibubarkan

Dun

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu hipokrit dan “play innocent” dalam soal kerjasama dengan UMNO sedangkan rakyat pun tahu hakikat itu.

”Jika benar demi sebuah kerjasama yang jujur serta ikhlas, apa kata bubarkan PPBM dan kembali ke pangkuan UMNO.

”Mungkin Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan akar umbi UMNO akan berlembut hati untuk menerima mereka semula,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid cadang parti Bersatu dibubarkan

Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata, ada empat sebab utama mengapa UMNO enggan bekerjasama dengan PPBM.

Pertama, UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara bukan milik mana-mana individu.

Ia milik rakyat dan lebih 3.3 juta ahlinya, lantas akar umbi UMNO sama sekali tidak mahu prinsip ini dikorbankan.

Sebarang cubaan untuk mempergunakan dan memanipulasi UMNO tidak boleh diterima.

Kedua, akar umbi UMNO yang pernah terpedaya dengan pembohongan PPBM pada PRU-14 menginsafi kesilapan lalu dan berazam memperbaiki keadaan dengan mengembalikan dominasi UMNO pada PRU-15.

Akar umbi UMNO percaya dengan yakin parti ini akan bangkit dicbawah panji Barisan Nasional (BN).

Faktor ketiga PPBM adalah parti serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 2016 oleh mereka yang pada suatu ketika kecewa gagal menguasai UMNO untuk kepentingan kendiri.

PPBM kemudian bersekongkol dengan Pakatan Harapan/DAP untuk menjatuhkan UMNO dalam PRU-14 melalui pelbagai propaganda, fitnah dan penipuan yang dilemparkan ke atas pimpinan UMNO.

Keempat, akar umbi melihat ketidakjujuran PPBM dengan cuba mencuri dan membeli ahli UMNO, tambah Ahmad Zahid.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/05/kalau-jujur-apa-kata-bubar-ppbm-zahid/

BACA JUGA : Akibat sentuh bab agama , anak tergamak tikam mak ayah

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Zahid cadang parti Bersatu dibubarkan […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Zahid cadang parti Bersatu dibubarkan […]