Panas !!! Zahid beri peringatan kepada pengkritiknya

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah terfikir mahu “melompat-lompat mencari tempat berlindung” seperti yang dilakukan orang lain, sebaliknya beliau berikrar akan membersihkan namanya di mahkamah.

“Kedaulatan undang-undang haruslah dihormati,” katanya dalam catatan di Facebook malam ini, sebagai respons terhadap gesaan ahli politik supaya perdana menteri baharu tidak melantik individu yang menghadapi pertuduhan jenayah, menganggotai Kabinetnya.

Zahid menghadapi perbicaraan 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Dalam catatannya hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan pengkiritik terhadap prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Selaku presiden Umno, katanya, beliau tidak pernah tunduk kepada tekanan, ugutan atau syarat ditetapkan orang lain selepas pilihan raya umum 2018 yang akan menghancurkan parti itu.

zahid

“Malangnya, pihak yang belum berpuas hati pula enggan menghormati prinsip undang-undang.”

Zahid berkata, beliau tidak memberi reaksi terhadap kritikan bukan bermakna beliau tiada jawapan, sebaliknya beliau menghormati prinsip tidak membuat kenyataan yang akan menghina mahkamah.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS Johor, Rusman Kemin hari ini dilaporkan berkata, Kabinet Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak boleh terdiri daripada individu yang menghadapi perbicaraan dan “mereka dengan agenda peribadi”.

Katanya, ini penting untuk mengekalkan pentadbiran “bersih”.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/21/saya-takkan-melompat-cari-tempat-berlindung-kata-zahid/

 

BACA JUGA :

Panas !!! Wan Saiful dakwa ada pihak berniat jahat terhadap Bersatu

Umno : Tersungkur PRU, kini bangkit sebagai PM

Panas !!! Diarah jangan terima jawatan kabinet, pemimpin Bersatu buka mulut

Artikel ini disiarkan pada 22/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)