Panas !!! Zahid akhirnya buka mulut “what’s next”…

Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan tindakan segelintir pihak menimbulkan syak wasangka berhubung ketetapan parti itu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, persoalan ‘what’s next’ (apa tindakan seterusnya) yang ditimbulkan pihak terbabit bertujuan menimbulkan rasa ragu terhadap perjuangan UMNO untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

Katanya, keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu secara jelas menyatakan ‘what’s next’ jika dibaca dan dihayati dengan hati jujur.

zahid

“Ia terkandung dalam perkara tujuh hingga sembilan (kenyataan UMNO) iaitu perkara tujuh, UMNO mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh terhad.

“Perkara lapan pula, tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi serta imunisasi dapat disegerakan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan seperti terhasrat dalam titah Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara ke sembilan, selepas berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu perlu segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, UMNO tegas dengan pendirian seperti ditetapkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 iaitu tidak akan menyokong sebarang usaha mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, UMNO juga tidak akan menyokong menubuhkan kerajaan ditunjangi DAP-Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau kekal setia dengan UMNO, namun mempunyai isu kepercayaan terhadap Presiden parti itu.

Beliau turut menimbulkan persoalan ‘what’s next’, dipercayai ditujukan kepada Ahmad Zahid berhubung hala tuju parti itu selepas undi percayai terhadap Perdana Menteri di Parlimen berakhir.

Kemelut dalaman UMNO tercetus selepas parti itu menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri baru-baru ini sehingga menyebabkan dua Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong) meletakkan jawatan daripada Kabinet Muhyiddin.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama 30 lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN sehingga keabsahan Muhyiddin ditentukan di Parlimen pada September ini.

BERITA PENUH DISINI

 

BACA JUGA :

MKT Umno hanya caretaker?, Peguam ini ‘sekolahkan’ ROS

Panas !!! Penganalisis jangka PH mampu terajui semula Putrajaya

Negara lain buat lockdown kes turun, apa sudah jadi Malaysia?

COMMENTS

Wordpress (0)