Panas !!! Wanita ini dakwa berjaya rakam roh keluar dari jasad mangsa lemas

Seorang wanita mendakwa pernah melihat roh seorang lelaki yang baru meninggal dunia keluar daripada jasad selepas lemas dalam insiden yang berlaku di sungai, tahun lalu.

Menurut Shanel Guiterrez, perkara itu berlaku di depan matanya ketika sedang merakam kejadian lemas itu menerusi telefon bimbitnya, lapor akhbar The Sun.

Kata Guiterrez, pengalaman menyeramkan itu berlaku ketika insiden di wilayah Davao del Norte di mana mangsa yang dikenali sebagai Dondon lemas semasa cuba menyelamatkan anjing jalanan yang terjatuh ke dalam sungai.

Wanita ini dakwa berjaya rakam roh keluar dari jasad mangsa lemas

Bayangan putih yang dirakam seorang wanita dipercayai roh mangsa lemas dalam satu insiden di sungai.

Dondon berjaya menaikkan anjing tersebut ke daratan sebelum dirinya dibawa arus deras sungai lalu dan ditemui lemas di kawasan kuari tidak jauh dari situ.

“Saya nampak bayangan putih menyerupai lelaki muncul dari dalam air dan terapung di udara sebelum tiba-tiba lesap ke udara.

“Ia sangat menyeramkan kerana saya tahu bayang putih itu adalah hantu mangsa yang mati lemas dan saya tidak menyangka sempat merakamnya dalam telefon,” kata Guiterrez.

Wanita itu turut menafikan dia menyunting rakaman asal video serta menegaskan ia adalah rakaman asal ketika sesi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Dondon bukan mangsa pertama yang maut di sungai itu, dia adalah individu ketiga,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/16/wanita-dakwa-rakam-roh-keluar-dari-jasad-mangsa-lemas/

BACA JUGA : Guru agama tolak vaksin di Melaka bakal ditamatkan tauliah

COMMENTS

Wordpress (0)