Panas !!! Wan Saiful dakwa ada pihak berniat jahat terhadap Bersatu

inisiatif

Wan Saiful dakwa ada pihak berniat jahat terhadap Bersatu.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan partinya sedang menimbang untuk tidak menyertai kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai palsu dan berniat jahat untuk memecahkan parti Bersatu yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini laporan palsu yang berniat jahat mahu memecahkan Bersatu. Saya cadangkan kepada semua supaya merujuk sumber berita yang sahih. Kandungan laporan ini adalah palsu yang sumbernya entah siapa,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Wan Saiful mengulas laporan berita tempatan memetik sumber yang mendakwa cadangan itu diajukan oleh Muhyiddin dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, baru-baru ini.

Cadangan itu antara lain bertujuan menjarakkan Bersatu dengan golongan kleptokrat. Meskipun tidak menyatakan secara jelas tentang golongan tersebut, ia dikaitkan dengan beberapa pemimpin UMNO yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.

Wan Saiful

Ismail Sabri Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada pukul 2.30 petang tadi.

Muhyiddin dan seluruh Kabinet pada 16 Ogos lalu, telah menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Seri Paduka selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman memetik laporan media tempatan sebagai berkata, tidak logik untuk Bersatu tidak menyertai Kabinet baharu selepas menyatakan sokongan secara jelas kepada Ismail Sabri.

“Pimpinan tertinggi parti tidak pernah dimaklumkan dengan cadangan seumpama itu. Muhyiddin juga tidak hadir ketika mesyuarat parti,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/ada-niat-pecahkan-parti-bersatu-wan-saiful/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ada-niat-pecahkan-parti-bersatu-wan-saiful

BACA: Gempar !!! Asteroid lebih besar dari KLCC akan lintasi bumi awal pagi esok

COMMENTS

Wordpress (0)