Panas !!! Varian Delta kini merebak hampir semua negeri – Dr Hisham

Varian baharu Delta sudah merebak hampir ke setiap negeri, menyebabkan berlakunya peningkatan kes mendadak di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus COVID-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.

“Ini menjadikan 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain.

varian

“Delta ini merebak dengan cepat dan jangkitan ini adalah melalui udara. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh dijangkiti,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini penularan COVID-19 di negara ini sudah mampu dikawal dan unjuran kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak Jun lalu juga mampu diratakan.

“Sebelum pelaksanaan PKPD pada Jun lalu, dalam tempoh 10 hari kita dapat ratakan kes daripada 9,000 kes sehari kepada 5,000 hingga 6,000 kes sehari.

“Bagaimapun, kes positif COVID-19 dilihat meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini yang disebabkan oleh varian Delta,” katanya.

Berita lanjut menyusul

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/839086/varian-delta-merebak-hampir-semua-negeri

BACA JUGA : Gempar !!! Tajuddin kena pecat sebagai Pengarah Pilihanraya Umno serta merta

COMMENTS

Wordpress (0)