Panas !!! Tular kenyataan Umno Johor bakal kerjasama PH

Umno

UMNO Johor menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan kononnya telah memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) dan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan segera.

Menurut penjelasan di laman Facebook rasmi UMNO Johor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasni Mohammad tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“UMNO Johor ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan yang tersebar di media sosial, ini adalah palsu,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Umno

Dalam kenyataan palsu yang sedang tular, ia menyebut bahawa Badan Perhubungan UMNO Johor telah memutuskan untuk setia dan menghormati keputusan Presiden UMNO.

“Sehubungan dengan itu UMNO Johor dengan ini isytiharkan tiada hubungan dengan PAS dan PPBM. Untuk memastikan Kerajaan Negeri terus diketuai oleh UMNO maka Adun PKR, Amanah dan DAP sedang dirunding bagi bersama kerajaan termasuk memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri.

“Exco Kerajaan Negeri, Ahli Majlis dan sesiapa pemegang jawatan berkaitan kerajaan dari PPBM dan PAS wajib meletakkan jawatan segera berikutan keputusan ini,” kata kenyataan palsu itu.

Kenyataan tersebut yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab turut menggunakan nama Hasni yang juga Menteri Besar.

Terdahulu, Hasni ketika ditemui pemberita telah memaklumkan keabsahan Kerajaan Negeri Johor dan kedudukan Menteri Besar akan ditentukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula pada 12 Ogos ini.

Kata beliau, persidangan DUN merupakan platform yang sesuai untuk menentukan keabsahan kerajaan negeri termasuk kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri.

Ia termasuk mengenai pendirian parti sama ada menyokong Perdana Menteri yang juga akan dibuat pada sidang itu nanti.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/06/umno-johor-nafi-keluarkan-kenyataan/

 

BACA JUGA : Gempar !!! Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

COMMENTS

Wordpress (0)