Panas !!! Tular berita Lajim Ukin meninggal dunia, ini penjelasan isteri

Berita mengenai kematian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin sekali lagi tular di media sosial pada Khamis.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh isterinya, Datin Seri Normila Siong dan mengatakan suaminya kini masih dalam rawatan.

“Alhamdulillah, berkat doa dari sanak saudara, sahabat-sahabat yang berterusan, Insya-ALLAH Datuk akan terus kuat melalui proses-proses perubatan.

Tular berita Lajim Ukin meninggal dunia, ini penjelasan isteri

“Buat masa ini keadaan oksigen, nadi dan tekanan darah (beliau) berada dalam keadaan stabil dan masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Khamis.

Beliau yang terkejut dengan dakwaan yang dimuat naik dari laman Facebook dan ditularkan melalui aplikasi WhatsApp itu turut meminta supaya berdoa untuk kesembuhan Lajim berterusan.

“Astagfirullahaladzim, semoga ini akan menjadi doa untuk kesembuhan Datuk, amin,” katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan keadaan kesihatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kini berada dalam keadaan stabil namun masih belum sedar selepas ditidurkan pada Selasa lalu akibat jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, turut tular mesej berhubung berita kematian bekas Ahli Parlimen Beaufort itu namun disangkal oleh Pegawai khasnya, Ismail Norazman melalui satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, satu majlis bacaan Yasin dan tahlil turut akan diadakan pada jam 7 malam Khamis bagi mendoakan kesihatan beliau.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157849/BERITA/Nasional/Berita-kematian-Lajim-tular-lagi-isteri-sangkal-berita-palsu

BACA JUGA : Pemimpin Pas Ketereh meninggal dunia akibat Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)