Panas !!! Tok Mat dedah perangai sebenar Mahathir, Muhyiddin

TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, selama ini berperanan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, Dr Mahathir berperanan menjatuhkan PH daripada terus menerajui kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), manakala Muhyiddin pula berperanan menjatuhkan pakatan antara Umno dan PAS dalam MN.

Beliau berkata, perkara itu berlaku selepas melihat kebangkitan Umno bersama MN dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

Tok Mat dedah perangai sebenar Mahathir, Muhyiddin

Datuk Seri Mohamad Hasan

Katanya, tindakan akhirnya dibuat oleh Dr Mahathir selepas melihat keputusan PRK di Tanjung Piai dan Kimanis yang ketika itu tiada siapa jangka Barisan Nasional (BN) akan menang.

“Itu sebab kalau lebih lama Mahathir tunggu dalam PH dengan dia sekali akan hanyut. Jangan sekali-kali kita kata Dr Mahathir dah nyanyuk.

“Otaknya masih tajam lagi..kalau pasal politik lagi tajam macam mana nak jatuhkan dia punya lawan..itu Dr Mahathir, saya lama bekerja dengan dia dan tahu macam mana cara dia berfikir.

“Dia jatuhkan diri dia, dia gagalkan PH dan tuan-tuan jangan salah faham dia dengan Muhyiddin masih lagi ‘satu buku, satu muka surat’. Dia akan gagalkan PH, Muhyiddin gagalkan Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan Wanita Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh 2021, di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, semalam.

Menurutnya, pada ketika itu Umno sudah bangkit bersama dengan rakan lain dalam MN dan ombak tsunami yang dibangkitkan tidak boleh ditahan lagi dimana MN akan menjadi kuasa baharu di Malaysia.

“Maka di buatlah dan dijatuhkan, dan kita (Umno) pula tidak menyempat nak jadi kerajaan, tidak fikir apa syarat untuk tubuh kerajaan, terus tumbuhkannya maka tersalah pula pilih orang (Bersatu) untuk tubuh kerajaan,” katanya.

BACA JUGA : Puteri Bill Gates bernikah cara Islam dengan pemuda Mesir

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Tok Mat dedah perangai sebenar Mahathir, Muhyiddin […]