Panas!! Timbalan Menteri Agama sekolahkan Presiden Pas

Oleh ISMAIL YAHYA

Timbalan Menteri Agama, Senator Zulkifli Hasan, menasihatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, agar melakukan proses “bertabayun” (menyiasat) terlebih dahulu

Sebelum membuat kenyataan berhubung ketiadaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, di Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) yang berlangsung di Kaherah, bulan lalu.

Menurut Zulkifli, ketidakhadiran Anwar dan Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, ke persidangan tersebut disebabkan oleh komitmen terhadap tugasan rasmi lain.

Sebagai contoh, pada 18 dan 19 Disember lalu, kerajaan Malaysia menerima kunjungan pertama dari Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow.

“Sehubungan itu, amalan bertabayun amat penting untuk memastikan bahawa setiap informasi yang diterima dan disebarkan adalah sahih dan tidak membawa mudarat.

Panas!! Timbalan Menteri Agama sekolahkan Presiden Pas

Ini adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang menuntut kita menjaga kebenaran, keadilan, dan keharmonian dalam masyarakat,” jelas Zulkifli.

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya daripada bersangka buruk, mengadu domba, dan menyebarkan fitnah.

“Sebagai umat Islam, kita harus faham bahawa menyebarkan fitnah adalah dosa besar yang boleh merosakkan maruah dan kehormatan diri,” tambah Zulkifli.

Sebelum ini, Abdul Hadi Awang mengkritik ketiadaan Anwar di Sidang Kemuncak D8, menganggap ia sebagai bukti bahawa konsep Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak mencerminkan nilai Islam yang sejati.

Hadi menyatakan bahawa perjuangan Anwar lebih bergantung kepada model “Madani jahiliah” yang dikaitkan dengan institusi seperti Bank Dunia, IMF, dan BlackRock, berbanding Madani Islam yang sepatutnya berteraskan ajaran Rasulullah SAW dan nilai-nilai Madinah.

Dalam pada itu, Zulkifli menjelaskan bahawa lawatan Presiden Turkmenistan itu adalah peluang penting bagi kedua-dua negara untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk isu kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025.

Beliau turut mengungkapkan bahawa perdagangan Malaysia dengan Turkmenistan telah meningkat secara signifikan sebanyak 74.8 peratus pada 2023, dengan jumlah dagangan bernilai RM63.28 juta berbanding RM36.19 juta pada tahun sebelumnya.

Zulkifli juga menolak label “jahiliah” yang dilemparkan terhadap konsep Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan. Menurutnya, konsep Madani yang dibawa oleh Anwar berlandaskan kepada Piagam Madinah yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, yang bertujuan menyatupadukan rakyat dari pelbagai suku kaum dan latar belakang dalam sebuah masyarakat yang harmoni.

Sebagai makluman, Sidang Kemuncak D-8 kali ini diadakan di Kaherah, Mesir, dengan Malaysia diwakili oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir.

Gabungan D8 terdiri daripada negara-negara membangun seperti Bangladesh, Mesir, Iran, Indonesia, Malaysia, Nigeria, Pakistan, dan Turki, yang menguasai sekitar 63 peratus populasi Muslim di seluruh dunia.

Dalam persidangan ini, keputusan telah diambil untuk membuka keanggotaan kepada negara lain dan menerima Azerbaijan sebagai anggota kesembilan.

BACA: Bapa mertua shuib sebak imbau kenangan latih Siti Sarah, dulu latik anak kini latih cucu menyanyi