Panas !!! “Tiada bukti kukuh Zahid pecah amanah”

Peguam kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pihak pendakwa raya tidak mempunyai ‘prima facie’ dalam 12 pertuduhan pecah amanah yang dikenakan terhadap Presiden UMNO itu berhubung transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.

Peguam, Hamidi Mohd Noh dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah di sini hari ini berkata, tuduhan pecah amanah tersebut melibatkan 52 cek.

Menurutnya, daripada 52 cek tersebut, sebanyak 44 cek adalah berkait dengan cek dikeluarkan daripada Yayasan Akalbudi melalui akaun Affin Bank Berhad.

“Tiada bukti kukuh Zahid pecah amanah”

Bahkan, beliau turut membahagikan pengeluaran 52 cek itu kepada empat bahagian:

  • Cek yang dicop. Cek tersebut tidak mempunyai tandatangan tulisan tangan tertuduh. Terdapat 32 cek seperti itu.
  • Cek yang tidak dihantar untuk analisis tandatangan.
  • Cek yang telah tertuduh tandatangan terlebih awal. Saksi Pendakwaan 90 (Mejar Mazlina) menggunakan cek yang telah ditandatangani lebih awal untuk membuat bayaran yang tidak diketahui tertuduh. Terdapat 10 cek seperti itu.
  • Cek yang memiliki tanda tangan tertuduh yang memihak kepada penerima cek

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan – 12 melibatkan CBT, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-bukti-kukuh-pertuduhan-pecah-amanah-babitkan-ahmad-zahid-peguam-318371

BACA JUGA : Peniaga kecil akan jadi fokus MPN, kata Muhyiddin