Panas !!! Syed Saddiq cadang undi percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan undi percaya dilakukan di Dewan Rakyat selepas Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin awal bulan ini.

“Saya cadangkan di Dewan ini, dengan tiba-tiba darurat ditamatkan minggu lalu, dengan itu khususnya apabila Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) dan Umno keluarkan kenyataan tidak lagi sokong Perdana Menteri, untuk kita ada kerajaan yang stabil, perlu diadakan undi percaya dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Pada 7 Julai lalu, Umno mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta dan mahu presiden Bersatu itu meletak jawatan.

syed

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, untuk mempunyai kerajaan yang stabil, undi percaya terhadap Perdana Menteri perlu diadakan di Dewan Rakyat.

Zahid ketika membuat pengumuman itu berkata, Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat keputusan itu selepas mendapati Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepadanya.

Sementara itu, Syed Saddiq membidas tindakan Ahli Parlimen Umno yang terus membisu di Dewan Rakyat yang tidak sama dengan kelantangan mereka mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) di media sosial.

“Ini bukan kerajaan Bersatu sahaja, mana Umno? Dekat media sosial ‘pung pang’ hebat mengkritik, tetapi dalam Dewan sunyi, diam tak cakap apa-apa pun.

“Jangan takut, kalau mereka nak ugut biarlah ugut. Kita lawan. Kalau nak lawan, betul-betul lawan kerana rakyat menilai dan melihat,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/26/syed-saddiq-cadang-undi-percaya-terhadap-muhyiddin/

BACA JUGA : Ibu muda 23 tahun berusaha miliki 105 orang anak

COMMENTS

Wordpress (0)