Sudah cucuk 2 dos vaksin, lelaki dakwa ujian buktikan antibodi tidak terbentuk. Tiga individu, termasuk seorang peguam, mendakwa bahawa antibodi terhadap Covid-19 tidak dikesan dalam badan mereka setelah menerima dua dos vaksin Sinovac.
Peguam, Varpal Singh Sagoo, menerima dos pertama pada 29 Mei dan yang kedua pada 19 Jun.
“Walaupun telah menerima dua dos vaksin Sinovac, ujian antibodi Covid-19 yang dilakukan oleh makmal patologi menunjukkan keputusan negatif,” katanya.
Varpal, 60, berkata, beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada jururawat yang memberinya suntikan dan tidak meminta untuk melihat picagari berisi vaksin.
Malah beliau tidak ditunjukkan isi kandungannya sebelum dan selepas diberi suntikan, dakwanya.
“Saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan atau reaksi selepas setiap dos, kecuali sakit di bahagian lengan,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, setelah mengetahui tentang kejadian “suntikan kosong” dan tidak mengalami kesan sampingan, beliau memutuskan untuk menjalani ujian antibodi pada 21 Julai, iaitu 33 hari selepas menerima dos kedua vaksin.
Katanya, ujian protein nukleokapsid menunjukkan keputusan negatif atau tidak reaktif, yang bermaksud, tiada antibodi dikesan.
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/03/tiada-antibodi-dikesan-selepas-terima-dua-dos-vaksin-dakwa-tiga-individu/