Panas !!! Speaker berkecuali, serah kepada Timbalan tentukan usul ‘kelirukan parlimen’

Speaker

Speaker berkecuali, serah kepada Timbalan tentukan usul ‘kelirukan parlimen’. Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini mengumumkan bahawa dia tidak akan membuat keputusan mengenai usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Usul Kulasegaran menggesa tindakan diambil terhadap menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Idrus Harun kerana disifatkan mengelirukan Dewan Rakyat berhubung pembatalan isu ordinan darurat.

Azhar mengatakan dia tidak dapat memutuskan perkara itu kerana Idrus adalah abang kandungnya.

Speaker

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut

“Apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut saya serahkan kepada timbalan-timbalan Yang di-Pertua mengikut kekananan mereka iaitu, pertamanya Mohd Rashid Hasnon dan keduanya Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan dengan apa cara sekalipun dalam pelaksanaan tugasan timbalan-timbalan Yang di-DiPertua di dalam hal berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/585303

BACA :Ahli Parlimen perlu muafakat cari pengganti Muhyiddin

COMMENTS

Wordpress (0)