Panas !!! SOP rombongan Ismail Sabri ke Kedah dipertikai ramai

SOP rombongan Ismail Sabri ke Kedah dipertikai ramai. Budaya berkonvoi mengikut program pemimpin tertinggi negara melibatkan pemimpin, ahli politik dan pegawai kerajaan dalam jumlah yang banyak perlu dihapuskan terutama dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, tingkah laku seolah-olah menghimpit pemimpin nombor satu negara yang keterlaluan itu dikhuatiri mengundang rasa kecewa malah muak kepada rakyat yang semakin terhimpit dengan pelbagai masalah kerana pandemik Covid-19 ketika ini.

“Untuk parti politik, ini adalah satu saat getir untuk kita kembali menagih dan memenangi hati dan jiwa rakyat. Apa yang penting adalah apa yang rakyat mahu dan apa yang rakyat suka?

SOP

BACA JUGA : Tular gambar pemimpin Umno dalam jet eksekutif PM

“Kalau rakyat tidak suka kita ikut konvoi pemimpin dalam keadaan yang keterlaluan, kita kena akur, kalau rakyat rimas nampak kita keterlaluan menghimpit pemimpin, kita kena kurangkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di lokasi terjejas tragedi kepala air dari Gunung Jerai di Tupah, Merbok dan di Titi Hayun, Yan semalam.

Pada lawatan itu, ramai pemimpin politik dan pegawai kerajaan di peringkat Pusat dan negeri yang turut serta.

BACA JUGA : Hari pertama Ismail Sabri yang gagal

Tambah beliau, semua pihak perlu bersikap lebih sensitif dan peka terutama ketika turun padang bertemu dengan anggota masyarakat yang ditimpa bencana.

“Pak Long (Ismail Sabri) mungkin kurang selesa, tapi takkan dia nak bagi tahu. Mungkin takut kita terguris atau kecil hati,” katanya.

Selain itu tambahnya, beliau turut mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) pihak terlibat sepanjang program lawatan Perdana Menteri itu semalam di kawasan bencana.

BACA JUGA : Apa hala tuju sebenar kerajaan baharu?

“Permulaan yang baik semalam, komitmen yang tinggi dan sedikit pengharapan, namun ada sedikit kecacatan, saya harap jangan diletakkan sepanduk ataupun papan tanda iklan alu-aluan, sesi taklimat dibuat hanya sekadar sederhana.

“Tidak perlu di bawah khemah hiasan yang keterlaluan, tambahan pula di kawasan bencana, nampak janggal dan tidak kena pada suasana, tapi mungkin itu adalah SOP pejabat kerajaan dan ia protokol yang perlu dipenuhi.

“Namun di era kerajaan ‘Keluarga Malaysia’, saya cadang ia perlu diubah serta-merta, yang penting adalah hasil kerja harus dijadikan matlamat yang paling utama,” katanya.

BACA JUGA : PM perlu perincikan tawaran jemput pembangkang sertai MPN

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/hapuskan-budaya-konvoi-himpit-pm/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)