Panas !!! Sidang Isnin bakal tentukan sokongan majoriti Muhyiddin?

Sidang Isnin bakal tentukan sokongan majoriti Muhyiddin. Jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak bersedia untuk berundur, penentuan sama ada beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan pertama dalam sidang khas Parlimen Isnin depan, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan meminta Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan “meletak jawatan secara terhormat” berikutan kemelut yang tercetus berhubung Ordinan Darurat.

Katanya, penelitian kedua-kedua kenyataan daripada Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan bahawa kenyataan Istana Negara benar dan kenyataan daripada PMO salah.

Ini menunjukkan bahawa Muhyiddin dan Takiyuddin telah mengelirukan Parlimen dengan mendakwa bahawa enam Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai, tambahnya.

Sidang

Katanya lagi, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun turut melakukan kesilapan dalam menolak usul untuk membahas dan membatalkan Perisytiharan dan Ordinan Darurat.

“Muhyiddin dan Takiyuddin harus dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Parlimen. Azhar juga harus meletakkan jawatan sebagai Speaker kerana jelas beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat,” kata Lim.

Lim menyifatkan penutupan sementara Parlimen semalam sebagai “tipu muslihat” kerajaan untuk menghalang Dewan Rakyat bersidang dan mencegah kemungkinan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana.

“Semua perkembangan ini berpunca daripada hakikat bahawa kerajaan Muhyiddin tidak memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen sehingga sanggup mempergunakan Parlimen untuk melaksanakan agenda ‘tipu muslihat’ mereka, katanya.

Beliau berkata, empat hari pertama sidang khas Parlimen “bermula dengan bencana dan berakhir dengan malapetaka”.

Katanya, kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengendalikan wabak Covid-19 dan Pelan Pemulihan Negara adalah suatu “kegagalan” kerana negara tidak mampu untuk beralih dari fasa pertama ke fasa kedua menjelang hujung Jun seperti yang dirancang.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/30/jadikan-sidang-parlimen-isnin-depan-sebagai-ujian-sokongan-majoriti-muhyiddin-kata-kit-siang/

BACA :Panas !!! Kerajaan Interim bakal dibentuk dalam masa terdekat?

COMMENTS

Wordpress (0)