Salam sahabat.
Masih ingat, ketika itu kita sama2 mendokong idealisme perjuangan mahasiswa. Antaranya prinsip demokrasi. Kita tentang ISA, dan kita lantang menentang Akta Universiti yang drakonian dan mengongkong anak muda.
ISA telah dihapuskan, dan, Akta Universiti banyak diperbaiki oleh kerajaan yang sdra tentang sebelum ini.
Kini, giliran sdra pula tunjukan yang lebih baik dari itu.
Apakah tutup Parlimen itu hasil idealisme terdahulu? Apakah membukanya kembali secara melepas batuk di tangga, tanpa bahas dan tanpa usul adalah suatu pembaikan?
Institusi demokrasi lebih besar dari kita. Waktu berkesempatan kita perbaikinya bukan memandulkannya. Merosakannya, hanya merosakkan acuan generasi akan datang.
Jalan kita lalui sedikit berbeza. Namun kita tetap bersahabat. Turut berdoa, semoga kita diberi petunjukNya.
Sumber :
BACA JUGA : Panas !!! Akhirnya Ebit Lew buka mulut, dedah kisah sebenar