Panas !!! Senator Pas dakwa antara punca remaja bunuh diri kerana terpengaruh drama Korea

Senator Pas dakwa antara punca remaja bunuh diri kerana terpengarauh drama Korea.Pengaruh drama Korea (K-Drama) menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.

Perkara itu dibangkitkan Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini adalah kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea.

Ini kerana, katanya, ada drama Korea itu mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.

“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri.

“Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya ketika mencelah perbahasan Fadhlina Sidek.

Sementara itu, Fadhlina berkata, beliau bersetuju dengan pandangan berkenaan kerana banyak faktor yang menyebabkan golongan bawah umur membunuh diri.

Katanya, media memainkan peranan penting untuk melaporkan kejadian bunuh diri secara beretika.

“Cara media melaporkan pemberitaan bunuh diri adalah sangat penting,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan perlindungan sosial yang penting untuk golongan bawah umur ini kerana mereka berada dalam golongan umur rentan.

Dalam pada itu, Fadhlina turut mencadangkan pengenalan Pelan Tindakan Gender Negara yang boleh menjadi mekanisme tatacara kerja yang lebih efektif.

“Ini bermakna kesaksamaan ini adalah proses evolusi termasuk dalam konteks substantif, memahami episod diskriminasi dan keadilan sosial yang mengambil kira faktor waqi’ (setempat) budaya dan agama.

“Ia membawa kepada kepentingan membentangkan Bajet Responsif Gender yang menjadi tekad Pelan Tindakan Gender Negara.

“Seluruh segmen masyarakat harus disediakan dengan kefahaman gender yang berteraskan kepada keadilan sosial dan hak asasi dalam masyarakat khususnya dalam memahami isu keganasan berasaskan gender dalam penghapusan diskriminasi gender,” katanya.

BACA: “Suara halus syaitan sentiasa menghasut agar penyatuan Umno, Bersatu, Pas dapat dirungkaikan”

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Senator Pas dakwa antara punca remaja bunuh diri kerana terpengaruh drama Korea […]