Panas !!! Semua Ketua Bahagian Umno Melaka tolak kerjasama dengan Bersatu

Enam Bahagian UMNO di Melaka memutuskan menutup pintu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut pada 20 November depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, bagaimanapun ketua-ketua dan ahli-ahli UMNO di setiap bahagian bersetuju untuk meneruskan kerjasama dalam Muafakat Nasional bersama parti Pas.

Menurutnya, kesepakatan itu juga dibuat kerana mendakwa terdapat tindakan pimpinan parti itu yang telah mengguris hati dan perasaan ahli-ahli UMNO khususnya di Melaka.

Panas !!! Semua Ketua Bahagian Umno Melaka tolak kerjasama dengan Bersatu

Mohamad Ali (tiga,kanan) ketika sidang akhbar di Baitul Tariq di Klebang di sini, pada Isnin.

“Ini jelas menunjukkan bahawa keputusan yang kami buat ini adalah kehendak akar umbi ahli-ahli UMNO di atas apa yang telah dilakukan oleh pihak Bersatu kepada ahli-ahli UMNO terutamanya dalam negeri Melaka.

“Hubungan kami dengan Bersatu terutama di peringkat akar umbi memang tidak ada langsung dan ia memberikan gambaran bahawa jika ada hubungan dalam PRN, ahli- ahli parti kami tidak bersetuju dengan keputusan untuk bersama Bersatu,” katanya dalam sidang akhbar di Baitul Tariq di Klebang di sini, pada Isnin.

Hadir sama Timbalan UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Ridhwan Mohd Ali dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, pihaknya meletakkan harapan supaya Pas dapat bersama mereka dalam PRN sekali gus menawan semula Melaka dengan lebih selesa.

“Saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli UMNO dan Pas supaya bersama-sama memenangi PRN pada kali ini dan memikirkan kebaikan rakyat keseluruhan negeri Melaka,” katanya.

BACA JUGA : Cium tangan Najib tak salah : Bekas Supol Tun M
Dulu Sanusi, kini “Datuk Seri”
Menteri Alam Sekitar Malaysia tak hadir sidang perubahan iklim PBB?

CATEGORIES