Panas !!! Sebar poster palsu, Hannah Yeoh bakal saman pemimpin Pas

Sebar poster palsu, Hannah Yeoh bakal saman pemimpin Pas. Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, ahli politik Perikatan Nasional (PN) yang berkongsi poster palsu di media sosial akan menerima notis tuntutan daripada peguamnya dalam masa terdekat.

Yeoh berkata, pejabatnya telah membuat laporan polis pada 31 Julai mengenai poster palsu yang didakwa direka oleh ahli politik parti itu dan dikongsi beberapa kali di media sosial.

Poster itu memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp yang kononnya antara Yeoh dengan individu tidak dikenal pasti, merancang untuk menghantar maklumat kepada “kumpulan Zahid”.

“Susulan laporan polis itu, saya dan peguam hari ini telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Sentul. Saya harap polis akan menyiasat perkara ini dengan secepat mungkin.

“Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengeluarkan notis tuntutan kepada ahli politik PN kerana menyebarkan poster palsu itu,” katanya di Facebook selepas memberi keterangan kepada polis pagi tadi.

 poster

Beliau, yang tidak menamakan ahli politik terbabit berkata, mereka adalah daripada PAS dan MCA.

Peguamnya Muhammad Khairil Khalid dan Athari Bahardin berkata, notis akan dihantar menuntut agar mereka yang terlibat menarik balik kenyataan berbaur fitnah itu dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

“Kita akan beri masa tujuh hari,” kata Khairil.

Keterangan polis daripada bekas timbalan menteri wanita, keluarga dan masyarakat itu disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/26/mohon-maaf-sebar-poster-palsu-yeoh-beritahu-ahli-politik-pn/

BACA: Panas !!! Pertemuan PM-PH : Pemuda Bersatu beri amaran

COMMENTS

Wordpress (0)