Panas !!! Sah Muhyiddin hanya tinggal 100 sokongan, Pemuda Umno lapor Polis

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia membuat laporan polis mengenai keabsahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia berdasarkan warkah diutuskan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Ogos bersama 14 surat akuan Ahli Parlimen parti itu yang menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Katanya, dengan penarikan itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang 14 sokongan dan menjadikan sokongan kepada Muhyiddin seramai 100 orang dan hilang majoriti.

muhyiddin

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai dua pilihan sama ada meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk Parlimen dibubarkan.

“Tetapi, Seri Paduka mempunyai kuasa di bawah klausa 2b Perkara 40 Perlembagaan untuk menolak permintaan Perdana Menteri bagi maksud pembubaran Parlimen atas situasi pandemik Covid-19 yang masih meruncing ketika ini.

“Jika ini berlaku, maka Perdana Menteri tidak ada pilihan melainkan untuk meletakkan jawatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, isu keabsahan amat kritikal dan serius kerana memberi implikasi besar terhadap segala urusan pentadbiran kerajaan dan hal ehwal negara ketika ini.

Beliau berkata, ia termasuk status keabsahan terhadap segala dasar baharu kerajaan.

“Kedua status keabsahan segala pinjaman dibuat kerajaan termasuk yang terbaru dibuat dalam tempoh seminggu ini berjumlah RM11.5 bilion.

“Ketiga, status segala kontrak dan waran diluluskan Perdana Menteri yang sudah hilang keabsahannya, malah isu paling besar ialah Perdana Menteri sudah hilang kuasa diperuntukkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Ia bagi mengelakkan implikasi besar terhadap keabsahan segala urusan kerajaan dan negara yang boleh dipersoalkan kelak,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/741726/pemuda-umno-lapor-polis-mengenai-keabsahan-pm

BACA JUGA : Panas !!! Majoriti PM : Timbalan Menteri ‘sekolahkan’ Anwar

COMMENTS

Wordpress (0)