Panas !!! Sabah pula bising isu bekalan vaksin yang lembab

Panas !!! Sabah pula bising isu bekalan vaksin yang lembab

Sabah pula bising isu bekalan vaksin yang lembab . Kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di negeri ini berjalan lancar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, berdasarkan data JKJAV, penerima vaksin bagi dos pertama dan kedua di negeri ini amat rendah berbanding negeri-negeri lain dan perkara ini amat membimbangkan dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah, sejak beberapa minggu lalu.

Jelas beliau, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan kerajaan negeri seperti pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) serta Program Outreach Vaksinasi COVID-19 sudah tentu sukar untuk mencapai sasaran vaksinasi sekiranya bekalan vaksin tidak mencukupi.

“Selaku wakil rakyat yang prihatin dengan kesejahteraan rakyat Sabah, saya meminta kerajaan pusat supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan kita (kerajaan negeri) dapat memberikan suntikan imunisasi kepada lebih banyak rakyat di negeri ini. Soal berkaitan kesihatan dan kebajikan rakyat Sabah perlu diutamakan.”

Sabah

“Perkara ini tidak boleh dilengahkan kerana kita berdepan dengan ancaman virus COVID-19 yang lebih berbahaya ekoran penemuan varian baharu yang lebih mudah menular. Justeru kita perlu segera membentuk imuniti berkelompok bagi mengurangkan risiko jangkitan, ” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut menyarankan kepada pihak terlibat supaya melaksanakan inisiatif lain bagi menggalakkan lagi pendaftaran vaksin memandangkan kaedah melalui MySejahtera tidak cukup berkesan.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pendekatan ‘walk-in’ wajar dipertimbangkan kepada rakyat Sabah yang belum lagi menerima temujanji khususnya di kawasan luar bandar memandangkan sebahagian mereka tidak mempunyai akses kepada kemudahan internet.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menjelaskan, selain melalui MySejahtera, pendaftaran secara ‘walk-in’ dan pandu lalu juga perlu dibuka kepada orang ramai bagi memastikan Sabah dapat mencapai sasaran imuniti berkelompok dalam tempoh yang disasarkan.

Sementara itu, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal yag turut sependapat dengan Bung berkata, Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pembelian vaksin berbanding pembangunan ketika ini untuk menyelamat nyawa rakyat Malaysia.

Beliau berkata, melalui pembentangan Belanjawan 2021 lalu, peruntukan RM2 bilion perlu dipertingkat untuk pembelian vaksin bagi negara ini.

“Keadaan di dalam negara ini membimbangkan, adakah pembangunan itu lebih penting daripada nyawa manusia yang perlu kita selamatkan,” katanya.

Sehubungan itu, Shafie turut mencadangkan persidangan khas Parlimen yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai ini seharusnya memberi ruang kepada ahli Parlimen untuk membincangkan suara dan masalah daripada akar umbi.

Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian kebakaran di Kampung Titingan, di Tawau, pada Selasa.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jkjav-perlu-hantar-bekalan-vaksin-ke-sabah-segera-bagi-pemberian-vaksin-berjalan-lancar-bung-309494

Jika Terlepas: Panas !!! Geng tolak vaksin mungkin alami banyak sekatan kelak