Panas !!! Rupanya Tun M dan Muhyiddin alami nasib yang sama…

Tun M

Rupanya Tun M dan Muhyiddin alami nasib yang sama.Menolak Politik Mengelirukan & Naratif Palsu.

1) Rupa-rupanya ramai yang tidak faham kenapa Tun M dahulu meletak jawatan Perdana Menteri.

2) Begitu juga ramai rupa-rupanya yang tidak faham kenapa Mahiaddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri.

3) Tuduhan paling senang ialah kerana Anwar gilakan jawatan Perdana Menteri. Hinggakan tidak pernah tinggal diam menggugat kedudukan Perdana Menteri.

4) Untuk mendapat gambaran sebenar, kita kena baca Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Tun M

5) Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

6) Sebenarnya; sebab kenapa Tun M dan Mahiaddin letak jawatan adalah sama. Mereka sama-sama kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

7) Tun M hilang kepercayaan majoriti bila PPBM dan Kartel Azmin mengisytiharkan keluar dari PH. Manakala Mahiaddin hilang kepercayaan majoriti bila 15 ahli Dewan Rakyat dari BN menarik balik sokongan mereka.

Tindakan kedua-dua pemimpin ini meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah mengikut lunas perlembagaan.

9) Sebarang cerita lain adalah sembang dan auta.

Hisham Fauzi

Sumber:

BACA: Wanita Amanah sambut baik semangat ‘Keluarga Malaysia’

COMMENTS

Wordpress (0)