Panas !!! Rumah aktivis politik diserbu polis jam 3 pagi

Siapa yang tidak mengenali individu yang bernama Jufazli Shi Ahmad yang cukup lantang bersuara berkenaan dengan hal-hal politik.

Dikhabarkan rumahnya diserbu oleh pihak polis pada hari Jumaat, 26/2/2021 pada jam 3 pagi tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap, waran pemeriksaan, waran geledah rumah mahupun waran sitaan barang.

Video yang berdurasi kurang lima minit itu memaparkan pihak polis beserta dengan anggota lain datang ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan.

Kelihatan Jufazli tenang dengan ‘kunjungan’ pihak polis yang datang ke rumahnya pada jam 3 pagi walaupun pihak polis berkeras untuk menangkap dan membuat pemeriksaan terhadapnya.

Menurut sumber, pintu rumahnya ditendang sehingga rosak dan ini merupakan salah satu kesalahan yang dilakukan oleh pihak polis kerana melanggar SOP Akta Polis 1967 kerana menyerbu rumah rakyat tanpa mengemukakan bukti jenayah yang dilakukan.

Menurutnya, pihak polis perlu menunjukkan waran yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Polis juga tidak menunjukkan bukti atau kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Jufazli dan dia tidak membenarkan pihak polis untuk menangkapnya pada jam 3 pagi.

Namun, dua telefon bimbit jenama iPhone miliknya dirampas secara tidak sah oleh pihak polis.

Berikutan dengan kejadian yang berlaku, pihak Jufazli dan peguamnya akan memberi kerjasama dengan pihak polis di IPD Serdang, Selangor pada 1 Mac 2021 jam 10 pagi untuk siasatan lanjut.

Berita penuh : https://ohmedia.my/trending/saya-perlukan-waran-tangkap-rumah-jufazli-shi-ahmad-diserbu-polis-jam-3-pagi/

COMMENTS

Wordpress (0)