Panas !!! PRN Melaka : Zahid dan Tok Mat tidak sehaluan?

PRN Melaka : Zahid dan Tok Mat tidak sehaluan? Setiausaha Agung Umno Matpoklan (Ahmad Maslan) kata presiden dan timbalan presiden Umno ada pandangan masing-masing berhubung pilihan raya negeri (Pirane) Melaka.

Bagi mereka yang tidak “putik politik” mudah untuk membuat tafsiran terhadap kenyataan Matpoklan itu, ia menunjukkan antara Zahid dengan Mat Hassan tidak sehaluan (tak belaga angin) dalam menghadapi Pirane itu.
Sebelum ini berdasarkan kenyataannya, Zahid Hamidi beliau membayangkan yang Umno akan bertanding secara solo tanpa bekerjasama dengan Bersatu dan juga Pas.

Manakala Mat Hassan dilihat mencari jalan bagi memastikan Umno menghadapi pilihan raya itu dengan bekerjasama dengan Pas atau Bersatu.

Mungkin mengikut sifir Mat Hasan kalau Umno bertanding secara solo bungkus jawabnya. Dua tiga hari lepas Mat Hassan minum tea tarik pakai penyedup (straw) dengan pemimpin Pas.

Apakah dalam pertemuan sambil minum itu Mat Hasan mencari titik temu dengan Pas?

Mudah cerita kalau antara dua orang ini tidak sejalan ibarat kata pilahan raya itu nanti dengan mudah akan diratah oleh Pakatan Harapan (PH). Oh Matpoklan. Trims.

BACA JUGA : Teruk dihentam, senator Pas kata tak semua drama Korea jadi punca remaja bunuh diri

Sumber :

CATEGORIES