Panas !!! Portal nafi siar berita seperti didakwa Speaker Dewan Rakyat

Portal nafi siar berita seperti didakwa Speaker Dewan Rakyat.Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan berita yang kononnya laporan Suara.TV bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen”.

Azhar Azizan dalam satu kenyataan pada Rabu menyangkal laporan palsu tersebut, sekali gus menafikan beliau ada mengeluarkan sebarang surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV pada hari ini bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” yang memaklumkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah hilang majoriti.

Portal

“Saya tidak keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Itu berita palsu,” tegas Azhar Azizan.

Bagaimanapun Suara.TV tidak pernah melaporkan berita sedemikian.

Hari ini Editorial Suara.TV menafikan pernah mengeluarkan artikel ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ seperti yang tular di aplikasi Whatapp dan media sosial yang lain.

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

Berita Penuh : https://suara.tv/11/08/2021/kami-tidak-pernah-terbit-berita-yang-didakwa-oleh-speaker-dewan-rakyat-suaratv/

BACA: Panas !!! Dilapor calon diri sendiri sebagai PM, ini penjelasan Zahid

COMMENTS

Wordpress (0)