Panas !!! Polis siasat kenyataan Muhyiddin

Polis siasat kenyataan Muhyiddin. Sebanyak 10 laporan polis diterima berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pihak mencetus kemelut politik ketika ini, tidak senang dengan beliau kerana enggan mencampuri urusan mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat.

“Siasatan giat dilakukan daripada pelbagai sudut. Setakat ini, kita tidak panggil dan rakam keterangan mana-mana individu lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut seksyen apa akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 Polis

Terdahulu, beberapa Pemuda Umno Bahagian seperti Pasir Puteh, Tambun, Kampar, Langkawi dan Alor Setar membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook berkata, laporan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan wujud desakan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Rabu lalu, Perdana Menteri berkata, ada kumpulan tidak selesa dengan ketegasannya yang enggan melayan desakan mereka supaya membebaskan individu tertentu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, pihak terbabit cuba menangguk di air yang keruh dengan mencetuskan kemelut politik, walaupun negara sedang berdepan krisis pandemik yang kian memuncak.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/739587/polis-terima-10-laporan-berhubung-kenyataan-pm

BACA: Cikgu saman RM1 Juta, keluarga pelajar balas balik saman cikgu RM5 juta

Artikel ini disiarkan pada 07/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)