Panas !!! PN Johor didakwa tawar 15 kerusi kepada Pas, tapi semua kerusi potensi kalah

Panas !!! PN Johor didakwa tawar 15 kerusi kepada Pas, tapi semua kerusi potensi kalah

Perikatan Nasional (PN) didakwa menawarkan 15 daripada 26 kerusi pilihan raya yang berpotensi kalah kepada Pas Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu menerima kunjungan kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.

“Saya terus terang kepada kedua-dua pemimpin bahawa Pas akan kalah semua kerusi seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Yang lepas, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika UMNO dikatakan teruk dan kecundang dalam cabaran hebat sekali, Pas hanya menang satu kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir.

“Tetapi BN menang 19 kerusi dan satu kerusi (Bukit Pasir) dimenangi Pas sebab kesilapan teknikal dan kerana calon Bersatu ketika itu didapati tidak layak.

“Tetapi saya beri jaminan kepada Presiden Pas dan timbalan bahawa jika mereka bersama dengan kita walaupun tak banyak kerusi boleh dipertimbangkan, tetapi kita jamin Pas boleh menang,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hasni meminta UMNO Pusat agar memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Johor bagi menyusun strategik khususnya agihan kuota kerusi pilihan raya di negeri tersebut.

Katanya, berdasarkan kajian Badan Perhubungan UMNO Johor merumuskan orang Melayu menyokong PN adalah 26 peratus, ini bermakna Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Parlimen Pagoh adalah lemah di kawasan sendiri.

“Kalau jeneral (Muhyiddin) ke perang esok dan akan diganggu gugat oleh UMNO Pagoh mudahlah kerja tuan-tuan untuk menawan negara.

“Sebab itu bagi kami ruang kuasa autonomi agar dapat merancang strategik untuk melemahkan Bersatu di Johor kerana Pengerusinya adalah Perdana Menteri dan beliau akan memastikan partinya terus berkuasa di Johor,” katanya.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/pn-didakwa-tawar-pas-johor-15-kerusi-potensi-kalah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pn-didakwa-tawar-pas-johor-15-kerusi-potensi-kalah