Panas !!! Pesakit terpaksa tunggu 4 hari untuk dapatkan katil

Pesakit

Pesakit terpaksa tunggu 4 hari untuk dapatkan katil.Hospital Melaka dilaporkan penuh dengan pesakit dan tidak kurang yang “terkandas” di bahagian kecemasan sementara menunggu katil yang terluang.

China Press yang memetik pekerja barisan hadapan di hospital itu melaporkan, terdapat pesakit yang menunggu sehingga empat hari sebelum mendapat katil.

Kata sumber itu, untuk menghadapi pesakit yang asyik bertambah, setiap sudut dalam hospital termasuk tempat meletak kenderaan untuk doktor dan kawasan lapang yang bertar telah digunakan untuk menempatkan pesakit COVID-19.

Katanya, sebagai hospital hibrid, Hospital Melaka perlu menerima pesakit bukan COVID-19 seperti biasa, tetapi juga mengendalikan kira-kira 80 hingga 110 pesakit COVID-19 setiap hari.

 Pesakit

“Kadar penggunaan harian katil pesakit di wad biasa dan unit rawatan rapi (ICU) secara purata adalah 50 peratus, tetapi kadangkala boleh melebihi 80 peratus.

“Keadaan ini menyebabkan banyak pesakit yang menunggu di bahagian kecemasan tidak boleh memasuki wad dan perlu menunggu.

“Dengan pesakit yang datang secara berterusan, ia menyebabkan bahagian kecemasan lumpuh dan perlu memasang khemah untuk menempatkan pesakit buat sementara waktu,” katanya.

Menurutnya, dalam satu kes paling teruk, pesakit perlu menunggu sehingga empat hari untuk memasuki wad.

China Press telah cuba menghubungi Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman untuk mengulas perkara itu.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/10/hospital-melaka-penuh-pesakit-perlu-tunggu-katil/

BACA: Kejam !!! Seksa anak monyet untuk hiburan online

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)