Panas !!! Pertemuan PM-PH : Pemuda Bersatu beri amaran

Pertemuan PM-PH : Pemuda Bersatu beri amaran.Pemuda Bersatu memberi amaran bahawa “kecelaruan” akan tercetus kembali sekiranya sinergi antara kerajaan dan pembangkang yang diusahakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob “songsang”.

Ketua Penerangan Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, inisiatif yang songsang mampu mencetuskan kembali kecelaruan seperti yang dilakukan segelintir pemimpin Umno dan Pakatan Harapan (PH) terhadap pentadbiran sebelum ini semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan.

Tegasnya, usaha mewujudkan sinergi antara komponen pemerintah dan pembangkang wajar dilihat sebagai inisiatif untuk mencetus kesinambungan Pelan Pemulihan Negara yang digagaskan pentadbiran Muhyiddin Yassin.

“Amatlah wajar untuk kita ketepikan perbezaan politik dalam waktu ini, selama mana ia dapat membantu fungsi kerajaan dalam membantu rakyat apatah lagi sekiranya barisan eksekutif yang bakal diketengahkan perdana menteri bebas daripada palitan kes-kes salah laku di mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Pertemuan

“Namun jika langkah perdana menteri kelihatan songsang, tidak hairan jika ini mampu mencetuskan kembali kecelaruan seperti yang dilakukan oleh segelintir pimpinan Umno dan PH serta blok pembangkang lainnya sebelum ini, dalam pada tindakan mereka yang semata-mata sekadar mahu menjatuhkan kerajaan atas kesumat politik dan demi menyelamatkan diri dari kes-kes salah laku, tanpa sedikit pun menawarkan sebarang solusi kerjasama demi rakyat.”

Katanya, rakyat jadi muak melihat kegilaan perebutan kuasa dan permainan politik, ketika kerajaan PN bertungkus-lumus mengeluarkan negara daripada krisis.

Tambahnya, sinergi antara komponen pemerintah dan pembangkang untuk tidak meneruskan “politicking” amatlah dituntut ketika politik negara tenat dan masyarakat mahukan kestabilan.

Pemuda Bersatu berharap reformasi yang ditawarkan Muhyiddin seperti akta lompat parti, penggal perdana menteri, dan perubahan institusi akan dikemukakan pentadbiran sekarang sebagai “menu bersama”.

Semalam, Ismail dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertemu di Putrajaya untuk suatu perbincangan yang menyentuh tentang soal ekonomi dan Covid-19.

Seusai pertemuan itu, Anwar memberitahu pemberita Pakatan Harapan tidak akan mempersulitkan usul undi percaya terhadap Ismail di Dewan Rakyat jika kerajaan terbuka mengutamakan isu rakyat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/26/jika-sinergi-kerajaan-pembangkang-songsang-kecelaruan-akan-tercetus-kembali-pemuda-bersatu-ulas-pertemuan-pm-ph/

BACA: Akhirnya Bersatu serah kepada Ismail tentukan TPM

COMMENTS

Wordpress (0)