Pemimpin utama parti Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat di Publika, pagi ini.
Difahamkan, mesyuarat tersebut bagi membincangkan barisan kepimpinan kerajaan setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Antara yang hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.
Turut difahamkan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.
Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti.
Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/pimpinan-pn-mesyuarat-pagi-ini/
BACA JUGA :
Umno akan dipersalahkan, PN selamat jika Ismail gagal
Panas !!! Zahid beri peringatan kepada pengkritiknya
“Umno rupanya king maker, ambo ingatkan parti ambo”, kata veteran Pas