Panas !!! Pensyarah kanan IPTA ditahan SPRM, agih kontrak kepada kakak

SPRM

Pensyarah kanan IPTA ditahan SPRM, agih kontrak kepada kakak.Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam (UA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana disyaki menyalahgunakuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Wanita berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan bahawa, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Pensyarah

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam di ibu pejabat Putrajaya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/15/sprm-tahan-pensyarah-kanan-beri-kontrak-rm46000-kepada-kakak-abang-ipar/

BACA: Merajuk dengan isteri selepas bertengkar, suami panjat pencawang

COMMENTS