Pengguna facebook ini kongsi ‘tips’ balik beraya di kampung

Pengguna facebook ini kongsi ‘tips’ balik beraya di kampung

Pengguna media sosial ini kongsi ‘tips’ balik beraya di kampung. Niat ‘murni’ seorang individu berkongsi ‘cara senang’ untuk balik kampung di Facebook mendapat kecaman hebat di laman sosial itu.

Menerusi perkongsian di laman itu, individu tersebut ‘mengajar’ orang ramai cara menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pulang ke kampung.

“Surat MITI kan ada, syarikat sendiri kan? Nak balik kampung habaq kata kena ‘resign’ keje, tunjuk surat ‘resign’.

Pengguna

“Nak balik rumah habaq kata dapat tawaran kerja, tunjuk surat tawaran ‘settle’. Benda boleh buat apa susah,” katanya pada hantaran di Facebook.

Perkongsian individu tersebut kemudiannya tular di laman Twitter selepas di muat naik pengguna laman itu kelmarin.

Susulan itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa dan berharap agar orang ramai tidak menggunakan ‘penipuan’ untuk balik kampung.

“Orang yang ada ‘privilege’ macam ni lah yang menyebabkan hilang percaya pihak berkuasa pada orang yang betul-betul terkesan, terpaksa balik kampung tunggu sampai kena panggil masuk kerja semula,” caip @Mongka10.

Turut meninggalkan ciap pada hantaran itu adalah @WanSilahuddeen.

“Jenis pentingkan diri sendiri macam ni yang buat kes tak turun-turun,”

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/20/individu-dikecam-kongsi-penipuan-cara-balik-kampung-di-facebook/

jika Terlepas: Kebenaran solat sunat Aidiladha di tempat terbuka beri sinar baru kepada warga Ipoh