Panas !!! Penggerak awal Bersatu tuntut Pak Wan dilantik jadi TPM

Pemimpin

Penggerak awal Bersatu tuntut Pak Wan dilantik jadi TPM. Tular hari ini satu kenyataan akhbar ‘tanpa nama’ yang mendesak jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang paling awal membina parti bersama atau digelar sebagai pengasas 12.

Kelompok yang mendakwa diri sebagai penggerak-penggerak awal Bersatu itu mencadangkan, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dilantik memegang jawatan berkenaan.

Dakwanya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu sangat memahami perjuangan sebenar parti terbabit.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibantu oleh seorang Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu yang benar-benar faham tentang hala tuju tersebut.

“Calon yang difikirkan paling layak adalah Mohd. Redzuan yang mana beliau sebelum ini adalah Menteri Tugas-tugas Khas.

Penggerak

“Beliau juga antara pimpinan Bersatu yang paling awal membina parti bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin atau digelar sebagai pengasas 12. Sudah tentu Mohd. Redzuan antara orang yang amat faham perjuangan parti,” dakwa kenyataan berkenaan.

Terdahulu, wujud desas-desus mengatakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah individu yang disebut-sebut bakal dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Hamzah adalah Ahli Parlimen Larut yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum melompat kepada Bersatu.

Mohd. Redzuan pula kini hanya Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu selepas tewas pemilihan jawatan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/penggerak-awal-bersatu-mahu-pak-wan-dilantik-tpm/

Baca: Zahid serah kepada kebijaksanaan Agong pilih calon PM

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)