Panas !!! Penerima vaksin Sinovac tak diiktiraf tunai haji, umrah

Penerima vaksin Sinovac tak diiktiraf tunai haji, umrah. Sejak semalam tular di media sosial sepucuk surat dari Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur kepada pengendali
syarikat pelancongan yang hanya membenarkan empat jenis vaksin diberi kebenaramemasuki negara tersebut untuk menunaikan umrah dan haji (untuk musim haji tahun hadapan).

Walau surat itu tidak kelihatan tarikh ia dikeluarkan) namun ia dinyatakan tulen kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Enwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sudah mengulasnya dalam siaran berita Tv3 semalam.

Antara jenis vaksin yang diiktiraf adalah Pfizer Bontech, Moderna, Johnson dan AstraZeneca manakala penerima vaksin Sinovac tidak tersenarai dalam senarai dikeluarkan.

Jelas isu ini mendapat perhatian penerima-penerima vaksin jenis ini Kerana melihat peluang untuk menunaikan haji dan umrah “tersekat” kerana mereka sendiri tidak mempunyai pilihan ketika menerima suntikan. la sesuatu yang sangat menegcewakan kerana ramai yang rindukan suasana damai di bumi barakah itu.

Penerima

Dalam pada itu, Datuk Dr Zulkifli yang menyedari keresahan hati kalangan penerima vaksin tersebut dalam temuramah di TV3 memaklumkan Malaysia akan membuat rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi berkaitan hal ini.

Jelasnya ketika berkunjung ke Arab Saudi pada Ramadan lalu, Kerajaan Arab Saudi hanya memberi kebenaran kepada dua jenis vaksin sahaja iaitu Pfizer dan AstraZeneca tetapi kini jumlah itu sudah naik kepada empat iaitu tambahan dua lagi jenis vaksin selepas merujuk kepada Pertubuhan

Kesihatan Sedunia akan vaksin tersebut.

Diharap penerima vaksin jenis Sinovac tidak berasa risau kerana usaha sedang dibuat.

Sumber: https://www.kashoorga.com/kedutaan-arab-saudi-keluarkan-memo-hanya-4-jenis-vaksin-boleh-tunai-umrah-haji-sinovac-tidak-tersenarai/

jika Terlepas: Kaki Sondol : 4 hari tutup mulut, kini Fiza Halim tampil bertindak