Panas !!! Pendedahan ‘Pandora Papers’, ini penjelasan mudah faham

Pendedahan ‘Pandora Papers’, ini penjelasan mudah faham.Minggu ni kita dikejutkan dengan cerita Pandora Papers. Terkezut kita dengan pendedahan, RM1.8 trillion harta “orang kita” disimpan di luar negara. Akaun segala macam, dari bank di Singapura sampailah ke Cayman Island. Just to give a perspective, hutang Malaysia dah RM1 trillion. Harta orang kita di bank luar, lebih banyak dari hutang negara.

2. Ramai yang dah start being defensive. Terutamanya yang dinamakan dalam tu. PM6 pun dah start berbunyi. Katanya dia ditipu Penasihat. Dia langsung tak tahu menahu. Standard line dia tu. Kita pun dah naik muak. Perdana Menteri tapi dikelilingnya Punahsihat. Mana tak negara meranap.

3. Ada juga dinamakan dalam tu, pemimpin Kerajaan dan Pembangkang. Masing-masing bersilat nak bersihkan nama, taknak dikaitkan. Dari Zahid Hamidi, Tengku Zhafrul, Tun Daim. Politician PKR pun ada, namanya William Leong. It is an open secret, politician guna akaun luar negara nak simpan dana politik. That’s a tale for another day.

4. Ramai yang kurang paham, pendedahan tu bukan menyatakan mereka buat salah. Legally, ia dibenarkan. Simpan dana di luar negara tu tak salah. Unless, kita dapat buktikan ada pengubahan wang haram. But at the rate we are going, spy kita yang simpan berjuta2 cash dalam kondo pun lepas. Inikan pula dana di negara orang. Sampai sudah la akan “suci’, walaupun ada antaranya yang “dicuci”.

Pendedahan

5. Bendanya tunjukkan kita satu. Orang kita yang kebanyakannya Melayu tak kalah dalam berharta. Tenggokkan saja di media sosial. Banyaknya golongan Melayu yang tayang harta benda. Yang ada link politik punya bangga beli Ducatti paling mahal di dunia. Yang geng selebriti campak2 saja duit, hasil jual produk timbang kati. Yang lain menganga, tanya bila la kita nak jadi macam mereka? Jadi kita lihat, Melayu dan cinta kebendaan, berpisah tiada.

6. Dengan segala kemewahan yang ditunjukkan, orang yang sama akan luangkan “Ketuanan Melayu”. Hak Bumiputera diratib sekeliling negara. Melayu ini “tuan” kata mereka. Yang lain jangan banyak bunyi. Sampaikan baru ni, syarikat logistik pun disuruh bagi 51% syer pada Bumiputera, kalau tidak tak boleh beroperasi.

7. Yang heran, tak disuruh pula benda yang sama dibuat pada syarikat antarabangsa. Mereka bebas ada 100% milikan asing. Yang bukan bumi pula, diminta serahkan kerja kuat mereka membina syarikat kepada orang lain. Bukan nya sikit, sampai buat jadi majoriti.

8. Bayangkan lah tuan2 usahakan kebun punya lama, dah masak ranum semua buah dalamnya, disuruh orang lain ambil alih pula. Syer majoriti 51% diberi pada mereka. Adakah itu adil pada kita?

9. Kalau kita pikirkan, 51% syer siapa saja yang boleh beli? Di Malaysia ni, kalau nak jadi shareholder dan Pengarah syarikat, adakah Mohd, Abu dan Ali yang makan tepi jalan? Atau Rosmah, Fatimah dan Joyah yang tolong keluarga jual ikan? Nanti ada lah yang palatao cakap mereka bukan layak pun. Ye, itu masalahnya. Polisi dibuat bukan untungkan majoriti peribumi. Yang jadi kaya dan mendapat, kebanyakan yang ada link politik. Jadikan mereka jatuh dalam golongan elit.

10. Belum lagi cerita yang jadi Alibaba, duduk dalam syarikat macam Raja. Satu sen tak dikeluarkan. Keringat dan peluh membina syarikat dia tak contribute. Yang tahu nak mintak eluan hujung bulan. Nak pergi oversea jalan2.

11. Jangan salah paham pula, saya tak kata semua. Ada orang kita yang genuine dan berkaliber. Yang kerja kuat bina syarikat untuk bina negara. Yang bersaing atas merit dan kredibiliti.

12. Tapi dalam ekonomi kita ni punya toksik, orang politik dan kroni bermaharajalela. Pengerusi GLC pun mereka, Presiden Persatuan sukan pun mereka, kroni mereka pula merata-rata. Yang 51% ni pun mereka saja yang punya.

13. Di Malaysia, it is an open secret the who’s who yang menggerakkan ekonomi Bumiputera adalah kroni politician. Kebanyakannya bukan nya ada merit pun, cakap pun ke laut. Yang mereka pandai ialah makan atas angin. Janji dapat kemewahan yang mereka ingini.

14. Sepatutnya, dasar afirmatif kita bukan saja kena adil tapi kena saksama. Kata omputih “just and equitable”. Susah nak tulis, makanya orang lain dah lukis. Saya sertakan gambar di bawah. Di Malaysia susah nak pakai prinsip di gambar satu, sebab dinamik kaum dan upaya kita yang berbeza. Itu sebab saya tak setuju dengan ekualiti mutlak.

15. Gambar dua pula, yang dipakai sekarang, dok diberi kotak untuk berdiri. Tapi yang duduk atas kotak tu orang yang sama entah berapa generasi. Sampai ke sudah tak tinggi2. Syok duduk atas kotak, semua diberi.

16. Gambar ketiga patut jadi pedoman. Yang perlu kita buat ialah hilangkan “sekatan”, bagi semua dapat peluang sama rata. Sekatan ni macam akses kepada pendidikan dan latihan, akses kepada modal dan kapital atau daya ketahanan dalam perniagaan. Ini perlu diperkuatkan.

17. Namun, kalau masih lagi yang mendapat: takde merit dan akauntabiliti, tambah pula jenis rakus penuh korupsi, memang buat la lagu mana pun. Kouta Bumi ka, bagi cash ka, kita akan masih di takuk sama. Sampai kiamat la kita dok ulang konon kita ni “tuan”, tanpa ada pengisian.

18. Ibnu Khaldun kata, negara akan mula punah bila masyarakatnya suka kemewahan atau luxury. Melayu ni bukan tak pandai, Melayu ni bukan tak rajin. Masalah orang kita ialah “bertuankan harta, beraja di hati”. Yang kurang upaya dilindungi. Sebabnya mereka berduit dan ada “link”.

19. Saya harap masyarakat kita jangan lagi buta. Pandora box sudah dibuka. Laungan “Ketuanan Melayu” hanya untuk golongan tuan dan bangsawan. Bukan untuk kita, yang sama-sama cari makan.

20. Sesungguhnya, kita tak patut tentang usaha nak martabatkan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Lebih afdal bersekali dengan mana-mana kaum minoriti yang kurang upaya.

21. Dari perspektif ekonomi, kurangkan jurang pendapatan antara kaum itu sangat penting. Ia usaha yang noble. Tanya la pakar ekonomi mana. Melayu, Cina atau India. Semua akan beri jawapan sama.

22. Yang kita tentang ialah polisi yang memenangkan golongan elit semata-mata. Atau mana2 polisi yang tak adil pada rakan senegara. Paling teruk ialah yang galakkan korupsi dan salah guna kuasa.

Wallahu a’alam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki
Sumber:

BACA: Bapa buntu jabatan pendaftaran tak mahu daftar nama anaknya yang mengandungi 19 patah perkataan

COMMENTS

Wordpress (0)