Panas !!! Pemimpin Bersatu bertegas kerajaan baharu ini adalah kerajaan PN

Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, jika melihat kepada kedudukan, PN mempunyai jumlah sokongan yang lebih berbanding Barisan Nasional (BN).

“Pada kami ia kerajaan PN, kawan sebelah ada 41 (BN)…jadi kami percaya kami mewakili kerajaan PN,” katanya.

Pemimpin Bersatu bertegas kerajaan baharu ini adalah kerajaan PN

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Publika, di sini, hari ini.

Seramai 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terdiri daripada Parti PN (54), BN (41), GPS (18) dan PBS (1).

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, PN akan memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, ketika ditanya desas-desus mengenai kedudukan jawatan Timbalaan Perdana Menteri yang dikatakan banyak pihak meminta agar diserahkan kepada Bersatu, Ahmad Faizal hanya menjawab “Alhamdulillah”.

“Alhamdulillah kalau nak beri kepada Bersatu. Tapi yang pentingnya Kabinet yang perlu dibentuk sebagai satu pasukan untuk menyelamatakan negara ini…kita nak keluar dari kemelut yang sedang kita alami,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun ketika ditanya mengenai sama ada mesyuarat yang diadakan hari ini turut membincangkan mengenai pembahagian portfolio menteri-menteri, beliau berkata, perkara itu juga tidak dibincangkan.

Beliau berkata, urusan tersebut diserahkan kepada Pengersui PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkannya dengan Perdana Menteri.

“Kita tak bincang pasal tu tadi…tapi kita serahkan kepada pengerusi PN untuk menentukan dan berbincang dengan Perdana Menteri.

“Saya yakin ia akan dibuat dengan perbincangan yang betul,” tambahnya.

Terdahulu, mesyuarat tersebut berlangsung selama dua jam bermula pukul 10 pagi.

Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Star, Datuk Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN, Ir Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Pelantikan beliau dibuat selaras dengan peruntukan di dalam Perkara 40 (2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan selepas Majlis Raja-Raja Melayu bersidang di Istana Negara kelamrin.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah serta Menandatangani Sumpah Jawatan di Singgahsana Kecil, Istana Negara semalam dan dengan secara rasmi bergelar sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/22/kerajaan-baharu-pimpinan-ismail-sabri-masih-pn-ahmad-faizal/

BACA JUGA : Panas !!! Ahli Umno tak setuju penggunaan nama Kerajaan PN

CATEGORIES