Panas !!! Pelanggan pub ditembak penjawat awam

Seorang penjawat awam ditahan kerana melepaskan tembakan ke arah pengunjung sebuah pub di Bandar Puchong Jaya, di sini, Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun mempunyai kebenaran untuk membawa senjata api tersebut.

“Siasatan awal mendapati pada 15 November (Isnin) jam 8.45 malam, suspek melepaskan satu das tembakan dari sepucuk pistol dan mengenai seorang pelanggan yang merupakan lelaki tempatan berusia 56 tahun.

Pelanggan pub ditembak penjawat awam

Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anbalagan memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan lengan kiri dibawa ke Hospital Serdang kini berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA : Timah bukan isu besar sangat – Pemimpin PAS
4 abang ‘binatang’ ditahan, rogol adik sendiri secara bergilir-gilir

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Pelanggan pub ditembak penjawat awam […]