Panas !!! Pegawai Tun M positif Covid-19 varian delta

Tun M

Pegawai Tun M positif Covid-19 varian delta.Seorang pegawai kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikesan positif COVID-19.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai tersebut antara 11 individu yang didapati positif dalam saringan yang dilakukan di Parlimen Khamis lalu.

Tambah sumber tersebut, pegawai kepada Ahli Parlimen Langkawi itu juga didapati positif melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta.

Astro AWANI difahamkan KKM sedang giat menjalani langkah pengesanan kontak rapat dan individu berkenaan menjalani perintah kuarantin.

Pejabat Ahli Parlimen Langkawi itu ketika dihubungi mengesahkan perkembangan tersebut dan memaklumkan pegawai yang bertugas di Parlimen itu didapati tidak bergejala dan sedang menjalani kuarantin.

Tun M

Ujian saringan ke atas Dr Mahathir juga didapati negatif dan beliau juga tiada sebarang kontak dengan pegawai berkenaan ketika di Parlimen.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata semua yang akan hadir ke sesi sidang Mesyuarat Khas Parlimen Isnin ini dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

Katanya, mereka yang bergejala juga perlu membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi di Parlimen.

Sehingga Khamis keputusan ujian saringan COVID-19 yang dilakukan di Parlimen mendapati 11 kes positif secara keseluruhan.

Dewan pada Khamis ditangguhkan disebabkan kebimbangan peningkatan kes di Parlimen.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-kepada-tun-m-di-parlimen-positif-covid19-sumber-kkm-311466

BACA :Ahli Parlimen perlu muafakat cari pengganti Muhyiddin

Artikel ini disiarkan pada 31/07/2021

COMMENTS