Panas !!! Pas dijangka buat ‘Uturn’ kembali kepada Umno

PAS seperti tiada pilihan selepas PRN Melaka melainkan untuk kembali bersama Umno, kata ahli akademik seperti dilapor dalam FMT.

Azmi Hassan dilapor berkata, parti itu perlu memikirkan semula kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) selepas bertanding di bawah tiket gabungan itu, terutama memandangkan ia langsung tidak memenangi satu pun daripada lapan kerusi dipertandingkan.

“PAS tiada pilihan memandangkan prestasi PN begitu teruk,” katanya seperti dipetik dari FMT.

Pas

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menegaskan MN masih wujud, manakala Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad awal bulan ini berkata, keputusan parti itu bertanding di bawah PN tidak bererti ia memutuskan hubungan dengan Umno.

Dalam perkembangan lain, penganalisis itu juga tidak menolak kemungkinan kekalahan Pakatan Harapan adalah disebabkan keputusan PKR dan Amanah menerima dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah memainkan peranan meruntuhkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Kemungkinan ada undi protes kerana kita tahu bahawa ada pengundi dan pemimpin DAP tidak senang apabila PKR dan Amanah menerima bekas ahli ADUN daripada Umno ini. Perkara yang paling merobek dlm PH adalah penerimaan dua ADUN Umno ini.”

PKR telah menerima bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron, manakala Nor Azman Hasan diterima menyertai Amanah. Kedua-duanya masing-masing kalah di Asahan dan Pantai Kundor.

 

BACA JUGA :

Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka jam 12.58 tengah malam tadi

Panas !!! 595 ahli BERSATU umum keluar parti, sertai UMNO

Panas !!! Malaysia menuju kearah Zimbabwe, lapor portal

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 1 day

    I’m not sure why but this web site is loading very slow for me. Is anyone else having this issue or is it a issue on my end? I’ll check back later and see if the problem still exists.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Pas dijangka buat ‘Uturn’ kembali kepada Umno […]