Panas !!! Pas dedah ada ahli parti sokong calon BN

TINDAKAN segelintir ahli PAS menyokong calon Barisan Nasional (BN) tidak memberi kesan serta menjejaskan peluang calon parti itu yang mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek berkata isu tersebut terlalu kecil dan tidak menjadi ‘kudis’ kepada sokongan akar umbi PAS terhadap calon PN.

Kamarudin yang juga calon PN-PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, menegaskan, “Saya menganggap isu ini masalah terpencil kerana ada juga Ahli Umni di kawasan DUN lain yang membantu jentera dan menyokong calon PN dari PAS biarpun mereka bertanding menentang calon BN.

Pas dedah ada ahli parti sokong calon BN

“Ini kerana mereka beranggapan hubungan PAS dan Umni dalam Melaka Nasional (MN) umpama adik-beradik dan ia sentimen biasa dalam PRN atau Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Jadi bagi saya masalah itu terlalu kecil atau 0.001 peratus akan berlaku,” katanya seperti dilaporkan portal PN BBC hari ini.

Beliau mengulas dakwaan terdapat ahli PAS akar umbi kecewa terhadap kepimpinan parti kerana memilih bekerjasama dengan PN berbanding Umno menerusi MN dalam PRN Melaka.

Mengulas mengenainya, Kamaruddin mengakui dua individu yang ditemu bual media berhubung isu itu adalah ahli PAS, namun mereka sudah tidak aktif dan jarang hadir mesyuarat atau bilik gerakan parti dari awal.

“Calon BN berkenaan adalah saudara-mara mereka. Oleh itu mungkin timbul sentimen keluarga menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Apabila PAS buat keputusan untuk bersama PN mungkin ada ahli PAS kurang faham situasi dan perkembangan politik terkini.

“Sebenarnya PAS tidak putuskan hubungan dengan Umno dalam MN. Kita belum keluar MN namun dalam konteks PRN Melaka sepatutnya apabila PAS Pusat membuat keputusan, semua ahli PAS kena akur,” katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Pelanggan pub ditembak penjawat awam
Timah bukan isu besar sangat – Pemimpin PAS

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Pas dedah ada ahli parti sokong calon BN […]