Panas !!! Pak Wan bakal umum sesuatu yang mengejutkan dalam masa terdekat

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof dilapor bakal mengumumkan sesuatu berkaitan karier politiknya pada November ini.

Beliau berkata demikian selepas merasakan corak dan kepimpinan Bersatu kini dilihat sedikit ‘tergelincir’ daripada asas perjuangan dan penubuhan awal parti berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Wan akur dengan perubahan dalam parti itu yang mengetengahkan dinamik berbeza serta muka baharu walaupun dirinya antara kelompok terawal yang membina parti bersama itu.

Pak Wan bakal umum sesuatu yang mengejutkan dalam masa terdekat

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof

“Ramai orang yang bertanya Pak Wan sepatutnya orang yang membawa arus kebangkitan, perjuangan tapi saya tak boleh laungkan itu lagi, sebab saya sebutkan Bersatu telah berubah wajah.

“Ramai yang bertanya kenapa orang yang masuk Bersatu kemudiannya ke depan, saya tak tahu, the dynamic of Bersatu could be different…saya tak tahu, sebab saya pun tak terlibat dalam menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,” katanya seperti dilapor Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Redzuan turut mendakwa selepas beliau menyerahkan kepimpinan Bersatu Melaka kepada orang baharu, dia tidak pernah dipanggil lagi dalam menguruskan kepimpinan tersebut di peringkat negeri dalam membincangkan mengenai situasi politik di negeri tersebut.

“Hari ini ada kepimpinan baharu, apabila saya serahkan pimpinan kepada Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen di mana keahlian ketika itu 16,000 orang.

“Selepas itu, saya tak tahu, saya tak terlibat dengan pengurusan, saya pun tidak dipanggil walaupun saya Ex-Offisio di Bahagian Alor Gajah dan Bendahari Alor Gajah, saya tidak melibatkan diri,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau berkecil hati dengan ‘layanan’ terbabit, raut wajahnya sedikit berubah.

“Saya nak terasa hati, tak terasa hati itu bohonglahkan, tapi kita kena reda dengan apa yang berlaku hari ini, banyak yang bertanya Pak Wan kena perjuangkan, tapi saya tak boleh laungkan itu sebab saya sebutkan Bersatu telah berubah wajah.

“Kalau perlu saya masuk dalam kelompok untuk memperjuangkan perjuangan kita, saya tak lari dari konsistensi saya, saya tetap perjuangkan perjuangan asal Bersatu.

“Macam saya sendiri berfikir ke mana Bersatu ini nak pergi sebab kepala saya (masih mengatakan) Bersatu dahulu adalah bersama Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad), Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir),” katanya.

Sementara itu, terdapat desas-desus mengatakan beliau akan beralih ke parti lain, namun beliau pantas menafikannya.

Bagaimanapun, katanya, akan ada sesuatu yang ingin diumumkan sehari selepas hari penamaan calon PRN Melaka.

“Kita tunggu siri kedua, kalau nak tunggu November ini, saya akan berbaju Melayu, bersamping dengan warna apa yang akan saya umumkan nantilah,” katanya.

Baca Juga : Pas kini jadi rebutan ramai, kata Pemuda Pas
Parti kecil, tiada akar umbi seperti Bersatu tak wajar letak syarat untuk kerjasama – Pemimpin BN
Panas !!! Dah bagi betis nak peha, Azmin ‘sound’ Umno Melaka

Artikel ini disiarkan pada 31/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)