Panas !!! Ordinan Darurat masih berjalan hingga Februari kerana tidak dibatalkan – Menteri

ORDINAN Darurat masih berkuatkuasa sehingga 2 Februari, 2022 walaupun darurat ditamatkan pada 1 Ogos, kata menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya dalam jawapan bertulis Parlimen, ini kerana ketetapan tersebut tidak dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga tidak dibatalkan oleh Parlimen.

Ini bermakna ketetapan itu akan berkuat kuasa selama enam bulan – hingga Februari 2022 – apabila ia akan tamat.

Ordinan Darurat masih berjalan hingga Februari kerana tidak dibatalkan - Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ordinan berkenaan masih berkuat kuasa sehingga diungkaikan oleh Parlimen.

“Proklamasi Darurat 2021 tidak lagi berkuat kuasa pada 2 Ogos, oleh itu Agong tidak lagi memiliki kuasa untuk membatalkan ketetapan di bawah Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri-PH).

“Kaedah lain untuk membatalkan Ordinan Darurat 2021 adalah melalui proses pengungkaian di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen mengikut Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Setakat Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, diperhatikan tiada apa-apa ketetapan berhubung dengan pengungkaian mana-mana Ordinan Darurat 2021 telah diluluskan oleh Majlis Parlimen,” jelasnya.

Ini bermakna ordinan berkenaan masih berkuat kuasa sehingga diungkaikan oleh Parlimen, katanya.

Bagaimanapun katanya sekiranya Parlimen tidak mengungkai ordinan berkenaan, ia hanya akan terhenti berkuat kuasa setelah habis tempoh enam bulan Proklamasi Darurat 2021 tamat.

“Bagi peruntukan Ordinan Darurat 2021 yang mempunyai ungkapan “Bagi tempoh darurat berkuat kuasa”, peruntukan tersebut berkuat kuasa selama jangka hayat Proklamasi Darurat 2021 berkuat kuasa.

“Maka peruntukan Ordinan Darurat 2021 yang mempunyai ungkapan ini juga telah terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021.”

Malaysia dikenakan perintah darurat bermula 11 Januari hingga 1 Ogos bagi mengekang penularan Covid-19.

Kerajaan meluluskan tujuh ordinan yang memberi kuasa sementara untuk menggubal undang-undang.

Berita Penuh : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/342557

BACA JUGA : Panas !!! Bekas MKT Umno berpangkat Datuk berdepan dua pertuduhan di mahkamah hari ini

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Ordinan Darurat masih berjalan hingga Februari kerana tidak dibatalkan – Menteri […]