Panas !!! Oktober bakal jadi penentu ‘hidup mati’ kerajaan baru

Ismail Sabri

Oktober bakal jadi penentu ‘hidup mati’ kerajaan baru. Kerajaan dan kabinet baharu dibentuk perlu menyelesaikan tiga krisis utama yang sedang dihadapi oleh negara dan rakyat pada ketika ini.

Tiga krisis yang perlu diselesaikan dalam tempoh 100 hari ialah krisis ekonomi, kesihatan dan juga politik.

Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukannya gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut, akan meninggalkan kesan besar kepada imej mereka menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Oktober bakal jadi penentu 'hidup mati' kerajaan baru

Ismail Sabri

Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma berkata, antara keutamaan yang perlu dibuat kerajaan adalah memastikan pendapatan rakyat meningkat memandangkan ramai yang terjejas kerana hilang pekerjaan dan pengurangan pendapatan.Menurutnya, bulan Oktober adalah tempoh paling kritikal dan ditunggu-tunggu memandangkan kerajaan dijangka membentangkan Belanjawan 2022 sekali gus menjadi ‘hayat’ kepada rakyat dan kerajaan.

“Sekarang ini, apa yang rakyat akan tunggu ialah Belanjawan 2022 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Persediaan untuk membuat bajet ini bukanlah sekejap kerana ia bermula dari awal dengan melakukan engagement.

“Jadi, keutamaan yang perlu kerajaan buat ialah memulihkan ekonomi dengan memastikan pendapatan rakyat Malaysia dapat dikembalikan kerana ramai yang putus pendapatan dan berhenti kerja. Jadi, bagaimana mereka nak memacu ekonomi supaya dapat meningkatkan perbelanjaan.

“Kerajaan juga kena fikirkan cara bagaimana hendak mempertingkatkan perbelanjaan mereka dengan memastikan pendapatan boleh guna meningkat. Kerajaan mungkin meningkatkan pendapatan boleh guna dengan memberikan insentif-insentif, pengecualian cukai dan sebagainya supaya ada duit dalam tangan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Tambahnya, walaupun tempoh 100 hari diberikan Ismail Sabri untuk menteri-menterinya membuktikan kemampuan, namun beliau yakin Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mampu menanganinya memandangkan beliau dijangka melanjutkan apa yang telah dirancangkan walaupun mungkin ada sedikit penambahbaikan.

Madeline

Madeline

“Apa yang perlu diubah, mungkin sedikit sahaja cuma kerajaan akan berdepan masalah bagaimana nak menyelesaikan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sejak lebih setahun lalu.

“Tengku Zafrul perlu memastikan Pelan Pemulihan Negara dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang dengan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat. Dengan cara itu, ia dapat mempertingkatkan keupayaan isi rumah mencari peluang ekonomi untuk bekerja. Bagi saya, potensi di situ baik tapi tidaklah secepat mungkin,” ujarnya.

Tambah Madeline, apa yang agak menarik ialah reaksi pasaran yang positif apabila pengumuman jemaah kabinet dilakukan, menunjukkan pelabur menerima baik kestabilan.

“Proses vaksinasi di negara ini antara yang tercepat di dunia dan sangat berjaya, sekali gus akan memberikan keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di negara ini,” katanya.

Bagi pakar kesihatan awam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, dalam tempoh tersebut, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengawal kenaikan kes Covid-19 khususnya di negeri yang kadar vaksinasinya masih rendah.

Sharifa Ezat

Sharifa Ezat

Ia termasuklah usaha untuk mengurangkan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) yang boleh ditangani dengan cara memperluaskan saringan Covid-19 yang dilakukan di seluruh negara.

“Kita lihat banyak kes BID disebabkan seseorang individu itu tidak tahu mereka dijangkiti Covid-19. Contohnya dia positif Covid-19 tetapi kesihatan dia normal, tidak ada simptom dan kebetulan pada masa sama dia berisiko tinggi kerana ada sakit darah tinggi dan jantung.

“Jadi kalau ikutkan, kena cepat vaksin. Tapi dalam sesetengah keadaan tidak dapat nak vaksin kerana mungkin sesetengah negeri tak cukup vaksin. Jadi dalam keadaan macam itu, perlu pastikan saringan ditambah,” katanya.Kata beliau, bagi negeri di luar Lembah Klang seperti Johor dan Sabah, ujian saringan Covid-19 sangat penting bagi mengawal penularan Covid-19 sementara menunggu mencapai kadar vaksinasi tinggi.

Menurutnya, walaupun risiko jangkitan Covid-19 dilihat lebih tertumpu di kawasan berkepadatan tinggi seperti di bandar, namun kes Covid-19 di negeri tersebut kini dilihat terus menular di kawasan luar bandar yang turut menghadapi masalah kadar vaksinasi yang rendah.

“Kita boleh lihat banyak kawasan luar bandar yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Maknanya, mesti kes tinggi. Jadi, tidak boleh ambil ringan dengan situasi di luar bandar,” ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, politik negara dijangka terus stabil sekiranya kerajaan dan pembangkang akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya kedua-dua pihak bekerjasama.

Awang Azman

Awang Azman

Katanya, inisiatif dilakukan Perdana Menteri dalam melakukan rundingan kerjasama dengan pembangkang dilihat berupaya mengukuhkan kestabilan politik.

Tambahnya, antara kelebihan dimiliki kerajaan baharu ini adalah masih menggunakan kerangka sama seperti sebelum ini.“Saya kira soal sama ada tunduk kepada Perikatan Nasional atau tunduk kepada pembangkang tidak menjadi isu kerana apabila kerjasama yang menyeluruh dijalankan, lima perkara itu dapat diselesaikan.“Pertama melibatkan pentadbiran, kedua institusi (eksekutif dan kehakiman), ketiga Parlimen, keempat Covid-19 dan terakhir dasar fiskal.

“Lima perkara ini seharusnya difokuskan oleh rundingan antara pembangkang dan kerajaan untuk stabilkan negara,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/158262/BERITA/Nasional/Oktober-tempoh-kritikal-kerajaan-baharu

BACA JUGA : Dua rakyat Malaysia ditahan Taliban disyaki IS ?

Artikel ini disiarkan pada 29/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)